Sunday 7 January 2018

IMBUHAN PINJAMAN


Assalamualaikum & Selamat Petang..
Selamat berhujung minggu buat semua...

Hari ini, saya ingin kongsikan bahan tatabahasa yang saya gunakan di dalam kelas saya bagi tajuk "Imbuhan Pinjaman".

Bahan ini merupakan olahan semula bahan yang saya sering gunakan di dalam kelas saya. Olahan lebih menarik minat murid untuk terus kekal bersama saya hingga ke akhir PdPC. Kali ini, saya memilih watak animasi Superwings yang sememangnya menjadi kesukaan kanak - kanak.

Selain itu, bahan yang saya olah ini adalah daripada sumber beberapa buku rujukan dan perkongsian daripada guru Bahasa Melayu sekolah saya.

Bercerita tentang imbuhan pinjaman ini,
Imbuhan pinjaman merupakan imbuhan daripada bahasa asing @ lain yang ditambah dalam kata dasar Bahasa Melayu.


Imbuhan pinjaman ini terbahagi kepada awalan & juga akhiran. Selain itu, ia mempunyai banyak jenis imbuhan yang perlu murid kuasai. Jadi, saya suka menggunakan slaid dalam sesi PdPc bagi memudahkan murid saya faham tentang konsep dan contoh imbuhan pinjaman.



Dalam bahan yang saya kongsikan ini, saya memberikan jenis imbuhan, maksudnya berserta contoh bagi memudahkan murid faham. Jadi cikgu- cikgu boleh lihat dan gunakan di kelas cikgu sekiranya bersesuaian...

Topik ini merupakan aspek tatabahasa bagi murid - murid tahun 5. Cikgu juga boleh gunakan bagi murid - murid tahun 4 dan tahun 6.


Semoga perkongsian ini membantu cikgu - cikgu dalam PdPC di kelas.

Doakan saya terus berkongsi...
#Kadangkalamoodtiadauntukmenulis 

Muatturun bahan di link ini.....










Wednesday 3 January 2018

RAGAM AYAT AKTIF & AYAT PASIF

Ragam Sana Sini!!

Assalamualaikum & salam sejahtera...
Apa khabar semua...
lama kita tidak bersiaran akibat kesibukan melanda..

Apabila kita bercerita tentang aspek tatabahasa dalam Bahasa Melayu....
Ia bagaikan mimpi ngeri juga bagi saya..
Ini kerana Bahasa Melayu ini bersifat dinamik..
Aspek tatabahasa yang diajar di sekolah rendah kini lebih mendalam dan mencabar..
Maka, sebagai guru,kita haruslah berfikiran lebih kritikal dan memudahkan pengajaran bagi meningkatkan kefahaman murid.

Jadi, hari ini, saya ingin kongsi sedikit bahan tentang ragam ayat yang cikgu - cikgu boleh gunakan di dalam kelas cikgu..
Bahan yang saya kongsikan ini merupakan olahan daripada buku - buku rujukan.


Secara ringkasnya ragam ayat ini terbahagi dua iaitu ragam ayat aktif dan ragam ayat pasif.


Bukan mudah untuk memahamkan murid tentang ragam ayat ini sebab ia mempunyai pecahan lagi di bawah ragam ayat ini. Maka, saya permudahkan bahan ini untuk bagi mereka faham.


Nampak mereka begitu tekun mendengar penerangan dan mencuba latihan yang diberikan.
Salah satu cara untuk menguji kefahaman mereka ialah bagi latihan untuk menukar ragam ayat tersebut.

 Dalam pembelajaran hari ini, saya tidak menerangkan lebih lanjut tentang struktur binaan ayat kerana mereka telah pun mempelajari pada tahun lepas. Jadi, saya terus fokus kepada ragam ayat.


klik link di bawah untuk muatturun bahan.

p/s: bahan ini sesuai untuk murid - murid tahap sederhana .

Semoga bermanfaat untuk cikgu - cikgu.