Sunday 7 January 2018

IMBUHAN PINJAMAN


Assalamualaikum & Selamat Petang..
Selamat berhujung minggu buat semua...

Hari ini, saya ingin kongsikan bahan tatabahasa yang saya gunakan di dalam kelas saya bagi tajuk "Imbuhan Pinjaman".

Bahan ini merupakan olahan semula bahan yang saya sering gunakan di dalam kelas saya. Olahan lebih menarik minat murid untuk terus kekal bersama saya hingga ke akhir PdPC. Kali ini, saya memilih watak animasi Superwings yang sememangnya menjadi kesukaan kanak - kanak.

Selain itu, bahan yang saya olah ini adalah daripada sumber beberapa buku rujukan dan perkongsian daripada guru Bahasa Melayu sekolah saya.

Bercerita tentang imbuhan pinjaman ini,
Imbuhan pinjaman merupakan imbuhan daripada bahasa asing @ lain yang ditambah dalam kata dasar Bahasa Melayu.


Imbuhan pinjaman ini terbahagi kepada awalan & juga akhiran. Selain itu, ia mempunyai banyak jenis imbuhan yang perlu murid kuasai. Jadi, saya suka menggunakan slaid dalam sesi PdPc bagi memudahkan murid saya faham tentang konsep dan contoh imbuhan pinjaman.



Dalam bahan yang saya kongsikan ini, saya memberikan jenis imbuhan, maksudnya berserta contoh bagi memudahkan murid faham. Jadi cikgu- cikgu boleh lihat dan gunakan di kelas cikgu sekiranya bersesuaian...

Topik ini merupakan aspek tatabahasa bagi murid - murid tahun 5. Cikgu juga boleh gunakan bagi murid - murid tahun 4 dan tahun 6.


Semoga perkongsian ini membantu cikgu - cikgu dalam PdPC di kelas.

Doakan saya terus berkongsi...
#Kadangkalamoodtiadauntukmenulis 

Muatturun bahan di link ini.....










Wednesday 3 January 2018

RAGAM AYAT AKTIF & AYAT PASIF

Ragam Sana Sini!!

Assalamualaikum & salam sejahtera...
Apa khabar semua...
lama kita tidak bersiaran akibat kesibukan melanda..

Apabila kita bercerita tentang aspek tatabahasa dalam Bahasa Melayu....
Ia bagaikan mimpi ngeri juga bagi saya..
Ini kerana Bahasa Melayu ini bersifat dinamik..
Aspek tatabahasa yang diajar di sekolah rendah kini lebih mendalam dan mencabar..
Maka, sebagai guru,kita haruslah berfikiran lebih kritikal dan memudahkan pengajaran bagi meningkatkan kefahaman murid.

Jadi, hari ini, saya ingin kongsi sedikit bahan tentang ragam ayat yang cikgu - cikgu boleh gunakan di dalam kelas cikgu..
Bahan yang saya kongsikan ini merupakan olahan daripada buku - buku rujukan.


Secara ringkasnya ragam ayat ini terbahagi dua iaitu ragam ayat aktif dan ragam ayat pasif.


Bukan mudah untuk memahamkan murid tentang ragam ayat ini sebab ia mempunyai pecahan lagi di bawah ragam ayat ini. Maka, saya permudahkan bahan ini untuk bagi mereka faham.


Nampak mereka begitu tekun mendengar penerangan dan mencuba latihan yang diberikan.
Salah satu cara untuk menguji kefahaman mereka ialah bagi latihan untuk menukar ragam ayat tersebut.

 Dalam pembelajaran hari ini, saya tidak menerangkan lebih lanjut tentang struktur binaan ayat kerana mereka telah pun mempelajari pada tahun lepas. Jadi, saya terus fokus kepada ragam ayat.


klik link di bawah untuk muatturun bahan.

p/s: bahan ini sesuai untuk murid - murid tahap sederhana .

Semoga bermanfaat untuk cikgu - cikgu.




Sunday 18 June 2017

Gelisah Rasa


Gelisah Rasa

Sendiri itu...
Kadangkalanya indah...
Persepsi diri mencungkil jiwa...
Tanpa menguris mengusik hati...

Dari ramai..
Memendam rasa...
Manis depan seharum wangi...
Pahit menghina hijab belakang...
Tanpa wajah...

Ajaibnya rasa melangit tinggi...
Hakikat emosi mendatar gersang...
Akal tercipta olah sebenar...

Nukilan,
Mohammed Rizzman bin Manaf
18 Jun 2017
Melaka



Thursday 15 June 2017

TEKNIK MUDAH MENULIS KARANGAN CERITA

Assalamulaikum & Salam Sejahtera..
Salam Ramadan buat semua...

Berbalik kepada janji saya ingin berkongsi dengan kawan - kawan semua tentang teknik mudah menulis karangan cerita..
Teknik ini telah diperkenalkan kepada saya waktu saya darjah 6 dahulu oleh guru saya, Cikgu Razali...
18 tahun yang lalu, namun bagi saya, teknik ini sangat membantu saya mengajar anak murid saya untuk memahami cara menulis dan apa yang patut ada dalam karangan cerita mereka.

TEKNIK ini dikenali sebagai TEKNIK MASD2B !!!


Teknik ini menekankan kepada pencarian idea sebelum kita susun idea kita dalam bentuk kerangka karangan. Bagi saya, teknik ini amat berguna bagi murid - murid saya sebab biasanya mereka tiada idea untuk tulis apa bila kita berikan tajuk karangan.

Sampai bila , kita mahu mereka sekadar menyalin sahaja karangan yang diberikan. Betul tak?
Jadi, dengan olahan daripada teknik oleh guru saya dahulu, kini saya bagi lagi rencah dan permudahkan lagi untuk anak - anak murid saya.



Apabila sudah ada idea, kita ajar murid kita susun dalam bentuk kerangka karangan.
Bagi murid saya yang darjah 4 ini, saya cuma memberikan penekanan untuk menulis karangan dalam 5 perenggan sahaja.

Jadi setelah susun idea daripada TEKNIK MASD2B dalam bentuk kerangka karangan.
Saya membimbing mereka menulis ayat dalam satu perenggan lengkap berdasarkan kerangka karangan.

Alhamdulillah,sebilangan mereka mampu menulis ayat dengan baik dalam satu perenggan. 
Namun, saya masih membimbing mereka untuk menulis karangan.

Sebagai pengukuhan TEKNIK MASD2B...
Saya sediakan latihan pengukuhan suai dan padankan maklumat dalam jadual yang diberikan...

Ini ialah perkongsian apa yang saya aplikasikan di dalam kelas saya..
Mungkin cikgu - cikgu juga ada tips dan teknik yang berbeza untuk anak murid cikgu.

Perkongsian bahan...

klik link di bawah..
Pengukuhan TEKNIK MASD2B

Slaid Pengajaran Teknik Mudah Menulis Karangan Cerita

Semoga bahan yang dikongsikan ini memberi manfaat kepada rakan - rakan semua.

EkspresiJiwa: Ilmu itu harus dikongsi bersama..
                       Cukuplah doakan kesejahteraan diri dan keluarga
                       saya.
                                 


Tuesday 13 June 2017

FOLIO DIGITAL!!!

Hari ini bagaikan mencurah - curah idea untuk dikongsikan bersama anda semua..

Folio Digital? Adakah begitu asing kedengaran?
Biasa kita akan memberi tugasan Folio @ Buku Skrap yang berbentuk 'hardcopy', betul tak?
Tapi apa kata kita cuba buat Folio Digital..

Menjimatkan wang dan dakwat untuk kita cetak..
Malah, penyimpanan lebih mudah...
Sama ada, muatnaik di Google Drive atau muatnaik di laman VLE kelas kita..

Anak murid saya sering mengajukan soalan yang sama, 
" Cikgu, kita perlu cetak tak folio kami ini?"
Jawapan yang akan saya berikan tetap sama.."TIDAK PERLU"
Namapun FOLIO DIGITAL...Kenapa perlu dicetak lagi?



Berbalik kepada Folio Digital, sempena sudah masuk Tema Warisan Bangsa ( Bahasa Malaysia Tahun 5)...
Maka, saya telah memberikan tugasan yang bertajuk "WARISAN KEBUDAYAAN MALAYSIA & ASIA TENGGARA"...

Tugasan ini, saya mahukan murid - murid saya membuatnya menggunakan MS Power Point atau Google Slide.

Tugasan ini memerlukan murid - murid saya mencari maklumat berkenaan warisan kebudayaan merangkumi tarian tradisional,pakaian tradisional, makanan tradisional dan sebagainya...

Tugasan ini diberikan sebelum cuti persekolahan dan diberikan masa sehingga 11.59 malam (16 Jun 2017)..hihi jelas dan tegas arahannya..

Tugasan ini perlu dimuatnaik di laman VLE..



Mereka memang teruja untuk membuat Folio Digital ini dan ramai yang telah menghantarnya melalui e-mel bagi tujuan semakan sebelum dimuatnaik di laman VLE.
Majoriti hasil kerja mereka ialah plagiarisme 'COPY & PASTE'..

Apa yang bermain di fikiran saya ialah adakah arahan yang diberikan tidak jelas atau mereka tidak tahu tentang etika penulisan..
Kita tidak boleh sekadar 'COPY & PASTE' hasil kerja individu lain dan menyatakan itu hasil kerja kita...
Itu sememangnya SALAH...

Maka untuk menyelesaikan masalah ini, saya telah menghasilkan sedikit panduan untuk mereka lebih faham..

Contoh olahan penulisan daripada bahan Wikipedia.

Penting!!!
Nyatakan sumber bahan yang digunakan...
Olahan ayat mengikut kefahaman kita...
Bukan ambil ayat individu lain tanpa memberi penghargaan kepada mereka..
Ini merupakan tapak atau asas yang ingin saya terapkan dalam diri mereka..
Apabila mereka menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi, semua proses ini akan mereka lalui...
Jadi bak kata pepatah " Meluntur buluh biarlah dari rebungnya"..

Saya amat menekankan kepada proses penghasilan folio kerana ia melibatkan proses mencari maklumat daripada pelbagai sumber dan menganalisis seterusnya menggunakan semula bahan tersebut dengan olahan mereka sendri.
Dan yang penting, sumber bahan itu perlu dinyatakan..

Semoga anak murid saya dapat hasilkan folio digital dengan baik..


Berikan pelbagai kemahiran dan pengalaman untuk mereka gunakan pada masa hadapan.

Sekadar perkongsian...
Boleh diaplikasikan dalam subjek lain juga..

Boleh klik link di bawah untuk lihat contoh.



EkspresiJiwa: Kadangkala kita perlu ubah kebiasaan untuk lebih maju...




Aktiviti Susun & Padankan!

Assalamualaikum dan Selamat Petang...
Salam Ramadan..

Apa khabar semua..

Tajuk post macam gempak tapi aktiviti yang sudah biasa cikgu - cikgu buat...
Cuma ini dalam acuan saya tersendiri..

Ok apabila cerita tentang Puisi Moden atau Puisi Tradisional...
Antara kelemahan yang saya boleh lihat dalam kalangan murid saya ialah mereka tidak dapat untuk menerangkan maksud secara jelas tentang puisi tersebut.
Susah juga puisi ini..terlalu berseni sehingga sel - sel otak pun susah untuk bergabung..

Jadi untuk membantu anak murid saya memahami dan menerangkan maksud rangkap sajak ini, saya buatlah Aktiviti Susun & Padankan.
Aktiviti ini sesuai untuk murid aras sederhana dan lemah.


Macam mana nak buat aktiviti ini?

Pertamanya, kita perlulah sediakan bahannya terlebih dahulu...
Taip semula setiap rangkap sajak atau pantun..
Taip maksud setiap rangkap atau pantun...
Kemudian, kita cetak dan gunting..
 
Contoh sajak dalam buku teks Bahasa Malaysia Tahun 4

Sudah gunting, kita masukkan dalam sampul surat..

Aktiviti ini merupakan aktiviti secara kumpulan @ kolaboratif..
 Kelas tahun 4 saya ini cuma ada 20 orang. Jadi,saya bahagikan mereka kepada 5 kumpulan pelbagai aras iaitu sederhana & lemah.
Nama kumpulan mereka terdiri daripada nama - nama ilmuwan Islam seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun dan sebagainya.




Sebelum,saya melaksanakan aktiviti Susun & Padankan ini..
Kami telah mendeklamasikan sajak tersebut dan berbincang secara lisan maksud rangkap sajak ini...
Ini penting bagi memberikan gambaran awal kepada anak murid saya ini.Maklumlah murid kelas belakang ini istimewa sikit berbanding murid kelas hadapan..

Jadi, tibalah masa untuk kita bersuka ria..Mereka nampak teruja melihat sampul surat yang saya pegang.. Apa yang saya perasan, murid - murid ini sukakan aktiviti secara berkumpulan berbanding aktiviti individu..Mungkin sebab rakan - rakan boleh bantu mereka.

Jadi Prosedur Aktiviti ini ialah :

Bahagikan Kertas A3 kepada dua bahagian seperti gambar di bawah...

Tugas mereka ialah susun semula kepingan kertas rangkap sajak tersebut mengikut urutan yang betul dengan merujuk buku teks. Kemudian, padankan maksud sajak dengan rangkap sajak tersebut..
Dan jangan lupa tampalkan keratan kertas itu pada kertas A3..
Mudah kan? Ini antara cara untuk kita membantu murid kita memahami maksud puisi moden atau puisi tradisional.

Saya jadikan ini Pertandingan Siapa Tangkas!
kumpulan pertama yang hantar akan dapat markah bonus!
Kemudian, Mereka akan bentang jawapan di hadapan kelas, kita semak pula jawapan mereka, baru kita kira pemenang..hihihi..
Selesai aktiviti Susun & Padankan! 

Melalui aktiviti ini, kita bukan sahaja melihat kepada kerjasama kumpulan, tapi mereka juga dapat meningkatkan keyakinan diri serta mengaktifkan diri dalam sesi P&P...

Sebagai penilaian individu, saya gunakan Aplikasi PLiCKER!
Mesti pernah dengar kan!!



Antara aplikasi yang digemari oleh anak - anak murid saya sebab boleh tengok markah terus!!

Jadi rasanya, ini perkongsian tentang idea untuk memudahkan murid kita fahami puisi moden @ puisi tradisional...

Sekadar berkongsi rasa...

boleh klik bahan di bawah..

Bahan Aktiviti Susun & Padankan

Jawapan Aktiviti Susun & Padankan


Sumber Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 4 m/s 63

EkspresiJiwa: Mengajar Daripada Hati.Menusuk Ke Jiwa.


Sunday 19 March 2017

Teknik Mudah Penulisan Ulasan ( Bahagian B)

Teknik Mudah Penulisan Ulasan (Bahagian B)

Seketika di kelas tahun 4....
Mr.Fafa: Cikgu !Cikgu! Cikgu nak buat sushi ke hari ni?
Cikgu: Eh kamu ini,bukanlah.Hari ini, cikgu nak ajar kamu teknik 
           penulisan ulasan.
Mr. Fafa: Tapi cikgu, apa kaitan gambar sushi itu dengan apa kita 
                nak belajar hari ini?
Cikgu : Haaa..itulah..sebab teknik ini dikenali sebagai teknik
             'SUHSI'
Mr. Fafa: Haha..Sushi..sushi..

Itulah keadaannya bila berdepan dengan kanak - kanak yang penuh daya imaginasi ini..
Lain kita nak ajar..lain mereka fikir..


Teknik @ formula ini saya dapat daripada cikgu senior sekolah saya.Katanya diperolehi daripada buku kerja yang dibelinya.(lupa pulak nama buku kerja itu)
kredit jua kepada cikgu senior & penulis buku kerja tersebut.

Maka, dengan idea 'SUHSI'..
Saya perincikan lagi cara - cara penulisan ulasan ini dengan langkah - langkah yang lebih jelas.
Ini bagi memudahkan murid - murid saya untuk memahami langkah - langkah penulisan ini dengan lebih mudah..
Bukan mudah untuk bagi murid- murid saya faham...
Saya perlu menggambarkannya dalam bentuk yang konkrit...


Klik link di bawah..
Teknik SUHSI




EkspresiJiwa: Murid - murid nampak lebih bersemangat ketika sesi P&P. Misi mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan..