Wednesday 3 January 2018

RAGAM AYAT AKTIF & AYAT PASIF

Ragam Sana Sini!!

Assalamualaikum & salam sejahtera...
Apa khabar semua...
lama kita tidak bersiaran akibat kesibukan melanda..

Apabila kita bercerita tentang aspek tatabahasa dalam Bahasa Melayu....
Ia bagaikan mimpi ngeri juga bagi saya..
Ini kerana Bahasa Melayu ini bersifat dinamik..
Aspek tatabahasa yang diajar di sekolah rendah kini lebih mendalam dan mencabar..
Maka, sebagai guru,kita haruslah berfikiran lebih kritikal dan memudahkan pengajaran bagi meningkatkan kefahaman murid.

Jadi, hari ini, saya ingin kongsi sedikit bahan tentang ragam ayat yang cikgu - cikgu boleh gunakan di dalam kelas cikgu..
Bahan yang saya kongsikan ini merupakan olahan daripada buku - buku rujukan.


Secara ringkasnya ragam ayat ini terbahagi dua iaitu ragam ayat aktif dan ragam ayat pasif.


Bukan mudah untuk memahamkan murid tentang ragam ayat ini sebab ia mempunyai pecahan lagi di bawah ragam ayat ini. Maka, saya permudahkan bahan ini untuk bagi mereka faham.


Nampak mereka begitu tekun mendengar penerangan dan mencuba latihan yang diberikan.
Salah satu cara untuk menguji kefahaman mereka ialah bagi latihan untuk menukar ragam ayat tersebut.

 Dalam pembelajaran hari ini, saya tidak menerangkan lebih lanjut tentang struktur binaan ayat kerana mereka telah pun mempelajari pada tahun lepas. Jadi, saya terus fokus kepada ragam ayat.


klik link di bawah untuk muatturun bahan.

p/s: bahan ini sesuai untuk murid - murid tahap sederhana .

Semoga bermanfaat untuk cikgu - cikgu.




4 comments:

  1. Halaman 6 iaitu jawapan bahagian A dlm slide Ragam Ayat, berlaku sedikit kesilapan. Untuk ayat pasif diri pertama (saya) tak diikuti oleh. Contoh, "Buku itu saya baca". Bukannya, "Buku itu dibaca oleh saya".

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cikgu atas teguran dan perkongsian itu, saya akan betulkannya...

      Delete
  2. Halaman 6 iaitu jawapan bahagian A dlm slide Ragam Ayat, berlaku sedikit kesilapan. Untuk ayat pasif diri pertama (saya) tak diikuti oleh. Contoh, "Buku itu saya baca". Bukannya, "Buku itu dibaca oleh saya".

    ReplyDelete
  3. Halaman 6 iaitu jawapan bahagian A dlm slide Ragam Ayat, berlaku sedikit kesilapan. Untuk ayat pasif diri pertama (saya) tak diikuti oleh. Contoh, "Buku itu saya baca". Bukannya, "Buku itu dibaca oleh saya".

    ReplyDelete