Tuesday, 13 June 2017

FOLIO DIGITAL!!!

Hari ini bagaikan mencurah - curah idea untuk dikongsikan bersama anda semua..

Folio Digital? Adakah begitu asing kedengaran?
Biasa kita akan memberi tugasan Folio @ Buku Skrap yang berbentuk 'hardcopy', betul tak?
Tapi apa kata kita cuba buat Folio Digital..

Menjimatkan wang dan dakwat untuk kita cetak..
Malah, penyimpanan lebih mudah...
Sama ada, muatnaik di Google Drive atau muatnaik di laman VLE kelas kita..

Anak murid saya sering mengajukan soalan yang sama, 
" Cikgu, kita perlu cetak tak folio kami ini?"
Jawapan yang akan saya berikan tetap sama.."TIDAK PERLU"
Namapun FOLIO DIGITAL...Kenapa perlu dicetak lagi?



Berbalik kepada Folio Digital, sempena sudah masuk Tema Warisan Bangsa ( Bahasa Malaysia Tahun 5)...
Maka, saya telah memberikan tugasan yang bertajuk "WARISAN KEBUDAYAAN MALAYSIA & ASIA TENGGARA"...

Tugasan ini, saya mahukan murid - murid saya membuatnya menggunakan MS Power Point atau Google Slide.

Tugasan ini memerlukan murid - murid saya mencari maklumat berkenaan warisan kebudayaan merangkumi tarian tradisional,pakaian tradisional, makanan tradisional dan sebagainya...

Tugasan ini diberikan sebelum cuti persekolahan dan diberikan masa sehingga 11.59 malam (16 Jun 2017)..hihi jelas dan tegas arahannya..

Tugasan ini perlu dimuatnaik di laman VLE..



Mereka memang teruja untuk membuat Folio Digital ini dan ramai yang telah menghantarnya melalui e-mel bagi tujuan semakan sebelum dimuatnaik di laman VLE.
Majoriti hasil kerja mereka ialah plagiarisme 'COPY & PASTE'..

Apa yang bermain di fikiran saya ialah adakah arahan yang diberikan tidak jelas atau mereka tidak tahu tentang etika penulisan..
Kita tidak boleh sekadar 'COPY & PASTE' hasil kerja individu lain dan menyatakan itu hasil kerja kita...
Itu sememangnya SALAH...

Maka untuk menyelesaikan masalah ini, saya telah menghasilkan sedikit panduan untuk mereka lebih faham..

Contoh olahan penulisan daripada bahan Wikipedia.

Penting!!!
Nyatakan sumber bahan yang digunakan...
Olahan ayat mengikut kefahaman kita...
Bukan ambil ayat individu lain tanpa memberi penghargaan kepada mereka..
Ini merupakan tapak atau asas yang ingin saya terapkan dalam diri mereka..
Apabila mereka menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi, semua proses ini akan mereka lalui...
Jadi bak kata pepatah " Meluntur buluh biarlah dari rebungnya"..

Saya amat menekankan kepada proses penghasilan folio kerana ia melibatkan proses mencari maklumat daripada pelbagai sumber dan menganalisis seterusnya menggunakan semula bahan tersebut dengan olahan mereka sendri.
Dan yang penting, sumber bahan itu perlu dinyatakan..

Semoga anak murid saya dapat hasilkan folio digital dengan baik..


Berikan pelbagai kemahiran dan pengalaman untuk mereka gunakan pada masa hadapan.

Sekadar perkongsian...
Boleh diaplikasikan dalam subjek lain juga..

Boleh klik link di bawah untuk lihat contoh.



EkspresiJiwa: Kadangkala kita perlu ubah kebiasaan untuk lebih maju...




1 comment: